Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Tiga Suspek Kes Tikam Petugas Stesen Televisyen Swasta

Published: 21 Dec 2015 8.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 21 Dis- Polis memburu tiga suspek, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes seorang petugas stesen televisyen swasta cedera parah ditikam di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-tiga-suspek-kes-tikam-petugas-stesen-televisyen-swasta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:23 MYT

Kuala Lumpur, 21 Dis- Polis memburu tiga suspek, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes seorang petugas stesen televisyen swasta cedera parah ditikam di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata semua suspek yang telah dikenal pasti itu berusia 20 hingga 23 tahun.

"Tiga suspek yang dikenal pasti merupakan seorang suspek utama termasuk teman wanitanya serta rakan kepada suspek utama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata sebelum ini, polis telah menahan dua suspek lelaki pada Sabtu lepas yang kini direman sehingga Rabu ini.

Mengenai keadaan mangsa yang ditikam, Mohamad Roy berkata Ahmad Hawari Zakaria, 32, masih lemah dan kemungkinan polis hanya dapat mengambil keterangannya dalam dua atau tiga hari lagi.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada majlis serah terima tugas itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Kuala Lumpur Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan PDRM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang akan memulakan tugasnya pada Rabu ini.

Jawatan lama beliau pula dipangku oleh Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain.- BERNAMA

ArticlePublished 21 Dec 2015 8.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM