Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Tiga Lelaki Ragut Siswi Berdekatan Gereja

Published: 13 Jun 2016 2.24 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Polis mcmburu tiga lelaki berhubung satu kes ragut yang mencederakan seorang remaja perempuan berusia 20 tahun dalam kejadian di hadapan pos pengawal sebuah gereja di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-tiga-lelaki-ragut-siswi-berdekatan-gereja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:11 MYT

Polis mcmburu tiga lelaki berhubung satu kes ragut yang mencederakan seorang remaja perempuan berusia 20 tahun dalam kejadian di hadapan pos pengawal sebuah gereja di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari itu, Angelin Chew Hsia May, yang juga penuntut jurusan undang-undang di sebuah universiti swasta di ibu negara cedera setelah peragut gagal merentap beg silang dipakainya menyebabkan mangsa jatuh terlentang dan kepalanya terhantuk pada simen jalan.

Mangsa kini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan akibat daripada insiden yang dialaminya itu.

Sumber: Berita Harian

Polis Buru Tiga Lelaki Ragut Siswi Berdekatan Gereja
ArticlePublished 13 Jun 2016 2.24 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM