Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Tiga Lagi Individu

Published: 16 Aug 2018 1.29 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seremban, 16 Ogos 2018 - Polis memburu tiga lagi individu berhubung kehilangan 60 kotak berisi dadah di stor penyimpanan barang kes Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Kampung Jijan, Nilai, pada 5 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-tiga-lagi-individu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:33 MYT

Seremban, 16 Ogos 2018 - Polis memburu tiga lagi individu berhubung kehilangan 60 kotak berisi dadah di stor penyimpanan barang kes Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Kampung Jijan, Nilai, pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, tiga individu yang masih bebas itu dipercayai dapat membantu siasatan kes tersebut.

“Sehingga kini seramai enam suspek ditahan polis termasuk dua pengawal keselamatan dan dua pegawai Kastam.

“Bagaimanapun, dua pengawal keselamatan berusia 52 dan 61 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis manakala empat lagi suspek masih dalam tahanan reman sehingga esok,” katanya.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, polis menerima laporan daripada dua pengawal keselamatan bertugas mengatakan stor berkenaan dirompak dan suspek memecahkan sebuah kontena berisi dadah di pejabat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan. – SINAR HARIAN ONLINE

ArticlePublished 16 Aug 2018 1.29 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM