Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Tiga Anggota Geng Vicky

Published: 13 Mar 2017 11.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Kampar kini giat memburu tiga anggota 'Geng Vicky' yang sebelum ini aktif melakukan pecah rumah di daerah ini termasuk satu kes melibatkan kerugian hampir RM400,000 pada Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-tiga-anggota-geng-vicky
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:49 MYT

Kampar, 13 Mac - Polis Kampar kini giat memburu tiga anggota 'Geng Vicky' yang sebelum ini aktif melakukan pecah rumah di daerah ini termasuk satu kes melibatkan kerugian hampir RM400,000 pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata tiga suspek yang berusia awal 20-an itu adalah sebahagian daripada geng tujuh anggota.

Empat daripada mereka termasuk ketuanya sudah ditangkap dan didakwa di mahkamah pada Jumaat lepas, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ng berkata modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah yang tiada penghuni dan mengambil barangan berharga yang kemudian dilupuskan manakala hasil dibahagi sama rata dengan kebanyakannya digunakan untuk berhibur.

Penangkapan empat lelaki itu adalah susulan kejadian samun di Mambang Diawan pada 8 Jan lalu melibatkan rumah seorang kontraktor berusia 60 tahun.

Katanya dalam kejadian itu, mangsa kerugian hampir RM400,000 apabila geng tersebut melarikan barangan kemas, dua motosikal, komputer riba serta peti besi mengandungi wang tunai. - BERNAMA

ArticlePublished 13 Mar 2017 11.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM