Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Suspek Rampas 150kg Ganja Bernilai Rm360 000 Di Arau

Published: 01 Jul 2016 6.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Arau, 2 Julai 2016 - Polis merampas 150 keping ketulan ganja mampat dengan berat keseluruhan 150 kilogram bernilai RM360,000, susulan daripada kemalangan sebuah kenderaan pacuan empat roda lewat petang semalam di Jalan Cikgu Ali, Kampung Rambai di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-suspek-rampas-150kg-ganja-bernilai-rm360-000-di-arau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Arau, 2 Julai 2016 - Polis merampas 150 keping ketulan ganja mampat dengan berat keseluruhan 150 kilogram bernilai RM360,000, susulan daripada kemalangan sebuah kenderaan pacuan empat roda lewat petang semalam di Jalan Cikgu Ali, Kampung Rambai di sini.

Ketua Polis Arau, Supt Nanda Maarof berkata rampasan itu merupakan yang terbesar di Perlis dalam tahun ini dan dadah tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran, bagaimanapun polis sedang giat memburu suspek yang berjaya meloloskan diri selepas kemalangan itu.

"Polis menerima maklumat dari orang awam awal pagi tadi tentang kemalangan tersebut, kemudian anggota bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan telah menjumpai banyak ketulan ganja mampat berselerak di luar dan dalam kenderaan tersebut pada 7.30 pagi tadi.

Polis percaya kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu bergerak dari Beseri menghala ke Ulu Pauh melalui Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon telah tergelincir sebelum terbabas dan terbalik di tebing tepi jalan itu," katanya
dalam satu sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Arau di sini petang ini.

Polis akan bekerjasama dengan semua unit polis bagi menjejak suspek yang masih tidak diketahui identitinya itu secepat mungkin, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, menurut Nanda.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, Nanda berkata seorang penuntut berumur 21 tahun yang merupakan pelajar tahun akhir peringkat diploma di sebuah universiti awam di sini, telah ditangkap bersabit dengan empat kes ragut di daerah itu sejak awal bulan lepas.

Menurut Nanda kerugian daripada semua aktiviti dilakukan pelajar terbabit dianggarkan  sebanyak RM6,000.

"Pelajar lelaki itu ditahan di asrama universiti pada 3.30 pagi ini, dia akan direman sehingga 5 Julai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.

Nanda berkata modus operandi diguna pakai suspek yang berasal dari Kedah itu
adalah dengan mengekori mangsa-mangsanya, terutama wanita yang menunggang
motosikal pada waktu malam sekitar 9.30 hingga 12 tengah malam.

"Sebaik tiba di laluan dan jalan gelap, suspek yang menunggang Honda EX5 itu akan memadamkan lampu depan motosikal seterusnya mendekati mangsa dari belakang tanpa diketahui mangsa sebelum meragut beg tangan atau barang kepunyaan mangsa
yang  diletakkan di bahagian depan bakul motosikal," jelasnya.

Berdasarkan maklumat diperolehi suspek tidak memiliki sebarang sabitan terdahulu serta telah merancang untuk pulang ke kampung merayakan Aidilfitri pada hari dia ditahan.- BERNAMA                                        
ArticlePublished 01 Jul 2016 6.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM