Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Pemandu Teksi Samun Wanita Di Subang Jaya

Diterbitkan: 19 Jul 2016 1.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Polis memburu seorang pemandu teksi berusia 40-an yang dipercayai menyamun seorang wanita yang menggunakan khidmat teksinya di jalan belakang Subang Parade, Subang Jaya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-pemandu-teksi-samun-wanita-di-subang-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:40 MYT

Polis memburu seorang pemandu teksi berusia 40-an yang dipercayai menyamun seorang wanita yang menggunakan khidmat teksinya di jalan belakang Subang Parade, Subang Jaya.

Dalam kejadian pukui 8.45 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun menaiki teksi Proton Wira yang dipandu suspek untuk ke tempat kerjanya di Empire Shopping Gallery, SS16.

Ketua Polis Daerah Subang, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek tiba-tiba memberhentikan teksi di tempat kejadian sebelum mengeluarkan sebilah pisau lipat dan mengacukan senjata itu di bahagian telinga kanan mangsa sebelum mangsa yang meronta-ronta menjerit ketakutan dicederakan dengan pisau terbabit.

Mangsa yang tidak dapat mengecam nombor pendaftaran teksi berkenaan namun pihak polis sedang berusaha untuk mengesan dan menahan suspek secepat mungkin.

Sumber: Utusan Malaysia

Polis Buru Pemandu Teksi Samun Wanita Di Subang Jaya
ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2016 1.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM