Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Mat Cekah

Diterbitkan: 14 May 2018 12.43 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tidak puas hati dengan kos baik pulih kenderaan RM500 dikenakan mekanik dipercayai motif tiga lelaki memukul mangsa menggunakan pasu dan batu dalam kejadian di bengkel kereta di Jalan Losong, di Kuala Terengganu, 9 Mei lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-mat-cekah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:46 MYT

Tidak puas hati dengan kos baik pulih kenderaan RM500 dikenakan mekanik dipercayai motif tiga lelaki memukul mangsa menggunakan pasu dan batu dalam kejadian di bengkel kereta di Jalan Losong, di Kuala Terengganu, 9 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa berusia 51 tahun yang cedera di kepala dan patah tulang rusuk kiri turut ditendang di muka dan kepala selain turut diikat menggunakan dawai besi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, seorang daripada suspek yang membaiki kereta di bengkel mangsa tidak berpuas hati dengan bayaran RM500 dikenakan mangsa sebelum menyerangnya.

Beliau berkata, seorang daripadanya dikenali sebagai Che Azhar Che Khas, 56, atau dikenali sebagai Mat Cekah manakala dua lagi dipercayai adalah rakan suspek berusia 40-an.

“Kita sudah melakukan serbuan di rumah Mat Cekah namun suspek tiada di rumah dan kita percaya suspek masih berada di daerah ini.

“Siasatan mendapati Mat Cekah mempunyai tiga rekod lampau iaitu berkaitan dadah, Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan dan Seksyen 148 KK kerana memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan,” katanya.

Suffian berkata, identiti dua suspek sedang dikenal pasti namun kita percaya mereka bukan penduduk di kampung berkenaan sementara mangsa yang cedera sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Katanya, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital akibat kecederaan dialaminya.

“Ahli keluarga atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diharap dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Portal NSTP sebelum ini melaporkan seorang lelaki cedera di kepala dan patah tulang rusuk kiri selepas dipukul menggunakan pasu bunga dan batu oleh tiga lelaki dalam kejadian di Jalan Losong, di sini.

Mangsa yang cedera dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Bacaan lanjut di hmetro.

ArtikelDiterbitkan 14 May 2018 12.43 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM