Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Empat Lelaki Kes Samun

Published: 17 Jun 2014 4.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 27 Mei - Polis Kedah sedang memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di Kampung Sungai Baru, Jalan Sungai baru, Alor Jangus, dekat sini semalam. Timbalan Ketu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-empat-lelaki-kes-samun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:28 MYT
Alor Setar, 27 Mei - Polis Kedah sedang memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di Kampung Sungai Baru, Jalan Sungai baru, Alor Jangus, dekat sini semalam. 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa kerugian kira-kira RM20,000 termasuk wang tunai RM8,000 apabila rumahnya disamun empat penjenayah berkenaan. 

Hasil maklumat awam, polis berjaya memberkas dua lelaki berusia 33 dan 38 tahun di bandar raya ini semalam, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan empat penyamun itu, katanya pada sidang media, di sini hari ini. 

Selain itu, polis juga sedang menjejaki Sivakumar a/l Nachinan, 35, yang beralamat terakhir di No 84, Jalan PJS A0/24A, Taman Sri Subang, Petaling Jaya, Selangor, bagi membantu siasatan. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Bee Anak Amba dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 012-4899429 atau IPD Kota Setar di nombor 04-7321222, katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM