Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Dua Wanita Indonesia Jadi Saksi Kes Bunuh Jong Nam

Published: 01 Sep 2018 3.44 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Shah Alam, 1 September 2018 - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua wanita warga Indonesia untuk menjadi saksi perbicaraan bagi kes pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong nam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-dua-wanita-indonesia-jadi-saksi-kes-bunuh-jong-nam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT

Shah Alam, 1 September 2018 - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua wanita warga Indonesia untuk menjadi saksi perbicaraan bagi kes pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong nam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, dua wanita berkenaan dikenali Raisa Rinda Salma, 24, dan Dessy Meyrisinta, 33.

"Raisa memegang passport bernombor B2421541 manakala Dessy pemegang passport B0464727. Kedua-dua mereka tidak dapat dihubungi dengan alamat terakhir di Hotel Flamingo, Ampang.

"Pihak polis memerlukan dua wanita berkenaan untuk hadir bagi menjadi saksi bagi perbicaraan kes bunuh Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadzil berkata, sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua wanita berkenaan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam ditalian 017-655 6575 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang atau dimana-mana balaipolis berhampiran. - K! ONLINE

ArticlePublished 01 Sep 2018 3.44 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM