Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buru Dua Suspek Samun Ejen Kirim Wang

Published: 16 Aug 2016 12.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kluang: Polis daerah ini semalam mengedarkan fotofit dua suspek kes samun seorang ejen pengirim wang yang berlaku di Jalan Raus di sini, pada 6 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-dua-suspek-samun-ejen-kirim-wang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:37 MYT


Kluang: Polis daerah ini semalam mengedarkan fotofit dua suspek kes samun seorang ejen pengirim wang yang berlaku di Jalan Raus di sini, pada 6 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira kira jam 6 petang, mangsa yang berusia 23 tahun itu turut kehilangan wang tunai RM33,650 akibat disamun tiga lelaki berusia lingkungan 20-an dan mengalami kecederaan iaitu retak tulang leher serta luka di bahagian muka akibat dipukul penjenayah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, ketika kejadian, mangsa berjalan membawa wang tunai ke sebuah bank yang terletak di tengah bandar Kluang sebelum didatangi tiga lelaki menaiki Proton Wira.

"Polis sedang giat memburu suspek yang masih bebas melalui lakaran fotofit, namun dalam masa sama mengharapkan maklumat orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

"Sebarang maklumat orang ramai boleh salurkan dengan berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Abd Aziz Mat Jaafar di talian 014-5219136,"katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyamun secara berkumpulan.

Sumber: Harian Metro

Polis Buru Dua Suspek Samun Ejen Kirim Wang

ArticlePublished 16 Aug 2016 12.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM