Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru 7 Suspek Kes Bunuh

Diterbitkan: 19 Oct 2018 11.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Miri, 19 Oktober 2018 - Polis telah mengklasifikasikan kes kematian seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun pada 25 Ogos 2018 di Permyjaya di sini sebagai kes bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-7-suspek-kes-bunuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:40 MYT

Miri, 19 Oktober 2018 - Polis telah mengklasifikasikan kes kematian seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun pada 25 Ogos 2018 di Permyjaya di sini sebagai kes bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata, mangsa meninggal dunia di rumah di Bandar Baru Permyjaya berpunca daripada pendarahan dalaman akibat kecederaan di bahagian kepala setelah mangsa terlibat dalam satu pergaduhan.

“Insiden pergaduhan itu telah dirakam dalam Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan beberapa orang lelaki telah dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim meminta kesemua suspek yang telah dirakam dalam CCTV tersebut untuk tampil memberi keterangan berkaitan dengan kes dan orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat (IO) ASP Dorairajah Vanaltham di talian 013-5603340.

Polis Buru 7 Suspek Kes Bunuh
ArtikelDiterbitkan 19 Oct 2018 11.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM