Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pukul Pelajar Sekolah

Published: 17 Jun 2014 2.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak polis menjelaskan kertas siasatan telah dibuka terhadap ketiga-tiga pelajar ini selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang individu yang tidak didedahkan identitinya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buka-kertas-siasatan-kes-pukul-pelajar-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:52 MYT

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pukul Pelajar Sekolah

Baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang pelajar di pukul rakan sekolah tersebar secara meluas di internet. Dengan bantuan dan maklumat dari orang awam, pihak polis telah berjaya menahan tiga pelajar yang terbabit di Seberang Jaya untuk membantu siasatan.

Pihak polis menjelaskan kertas siasatan telah dibuka terhadap ketiga-tiga pelajar ini selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang individu yang tidak didedahkan identitinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, “Kita telah buka kertas siasatan selepas menerima laporan tersebut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.”

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pukul Pelajar Sekolah

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM