Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Buka Empat Kertas Siasatan Di Bawah Akta Hasutan 1948

Published: 02 Dec 2018 2.31 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Shah Alam, 2 Disember 2018 - Polis membuka empat kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 dekat sini, pada Isnin dan Selasa lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buka-empat-kertas-siasatan-di-bawah-akta-hasutan-1948
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:00 MYT

Shah Alam, 2 Disember 2018 - Polis membuka empat kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 dekat sini, pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dalam kenyataannya di sini semalam berkata, kertas siasatan berkenaan dibuka susulan empat laporanpolis yang diterima pihaknya berikutan penularan berita di media sosial berikutan insiden berkenaan.

“Polis turut menahan pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris pada jam 1 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang,” katanya.

Di samping itu, Mazlan turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat dan cuba memecahkan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa di negara ini.

“Laporan polis akan dibuat dan seterusnya siasatan lanjut akan dijalankan ke atas mereka yang terlibat,” katanya. - FREE MALAYSIA TODAY ONLINE

ArticlePublished 02 Dec 2018 2.31 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM