Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tawau Tahan Tiga Suspek Tikam Belasah Lelaki

Diterbitkan: 03 Dec 2018 7.58 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tawau, 3 Disember 2018 - Polis menahan tiga daripada tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian seorang lelaki ditikam dan dibelasah, di Jalan Merdeka 3, Tawau, awal pagi Ahad itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tawau-tahan-tiga-suspek-tikam-belasah-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:01 MYT

Tawau, 3 Disember 2018 - Polis menahan tiga daripada tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian seorang lelaki ditikam dan dibelasah, di Jalan Merdeka 3, Tawau, awal pagi Ahad itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata tiga saspek itu termasuk seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing berumur antara 28 hingga 39 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati dengan rakan mangsa yang dipercayai merosakkan kereta salah seorang suspek pada malam sebelum kejadian.

“Siastan lanjut masih dijalankan dan polis sedang giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun ditikam di kanan perut selain luka di bahagian perut kiri serta pipi kiri, selepas dibelasah tujuh lelaki.

Seorang daripada suspek menggunakan motosikal 125Z biru dengan nombor pendaftaran ST 5262 W atas nama lelaki beralamat di Kampung Sri Titingan E-2/3 Jalan Damai, Tawau.

Sumber : Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 03 Dec 2018 7.58 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM