Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buat 46 Serbuan Tahan 72 Kaki Judi Di Sarawak

Diterbitkan: 30 Aug 2016 3.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 72 kaki judi termasuk sembilan warga asing ditahan menerusi 46 serbuan di beberapa premis perjudian haram di negeri ini sejak 22 Ogos hingga kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buat-46-serbuan-tahan-72-kaki-judi-di-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:49 MYT

Seramai 72 kaki judi termasuk sembilan warga asing ditahan menerusi 46 serbuan di beberapa premis perjudian haram di negeri ini sejak 22 Ogos hingga kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 70 tahun.

Menurut beliau, pihaknya terkilan kerana terdapat golongan remaja dan warga emas yang seolah-olah tidak gentar dengan pihak berkuasa apabila melibatkan diri dengan kegiatan haram itu.

Polis Sarawak akan terus meningkatkan operasi membanteras judi di negeri itu dari semasa ke semasa.

Sumber: Kosmo

Polis Buat 46 Serbuan Tahan 72 Kaki Judi Di Sarawak
ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2016 3.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM