Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Bongkar Taktik Sembunyi Dadah Dalam Permainan Kanak Kanak

Published: 05 Sep 2014 6.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Taktik sindiket warganegara Nigeria yang menyembunyikan dadah dalam pemainan kanak-kanak, beg tangan wanita serta kartrij komputer terbongkar setelah pasukan Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah berjaya memintas beberapa percubaan sindiket ini dan menangkap empat lelaki warga Nigeria dan dua rakyat tempatan dengan rampasan dadah syabu seberat 13.5 kilogram pada 2 dan 4 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-taktik-sembunyi-dadah-dalam-permainan-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:05 MYT

Kuala Lumpur, 5 Sept – Taktik sindiket  warganegara Nigeria yang menyembunyikan dadah dalam pemainan kanak-kanak, beg tangan wanita serta kartrij komputer terbongkar setelah pasukan Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah berjaya memintas beberapa percubaan sindiket ini dan menangkap empat lelaki warga Nigeria dan dua rakyat tempatan dengan rampasan dadah syabu seberat 13.5 kilogram pada 2 dan 4 September lalu.

Operasi yang dilancarkan pihak STING dan KDRM ini adalah tindakan hasil daripada maklumat penyeludupan dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan syarikat kurier dan melibatkan dua siri tangkapan di sekitar Lembah Klang.

Nilai rampasan dadah dianggarkan RM2.7 juta dan pihak polis juga telah merampas sebuah kenderaan yang dugunakan oleh suspek.

Kesemua suspek berusia lingkungan 27 sehingga 44 tahun kini direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Bongkar Taktik Sembunyi Dadah Dalam Permainan Kanak Kanak
Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid semasa sidang media pada hari ini...

Polis Bongkar Taktik Sembunyi Dadah Dalam Permainan Kanak Kanak
antara hasil-hasil rampasan..

Polis Bongkar Taktik Sembunyi Dadah Dalam Permainan Kanak Kanak
Antara hasil-hasil rampasan...

Polis Bongkar Taktik Sembunyi Dadah Dalam Permainan Kanak Kanak
Sekitar sidang media pada hari ini..

Polis Bongkar Taktik Sembunyi Dadah Dalam Permainan Kanak Kanak
Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam permainan kanak-kanak...

Polis Bongkar Taktik Sembunyi Dadah Dalam Permainan Kanak Kanak
Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam beg tangan wanita...

ArticlePublished 05 Sep 2014 6.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM