Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bongkar Makmal Dadah Di Pangsapuri Mewah Di Bayan Baru

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
George Town, 5 Okt - Polis berjaya membongkar makmal memprosesdadah yang beroperasi dalam sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru, di sini awal hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-makmal-dadah-di-pangsapuri-mewah-di-bayan-baru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:48 MYT

George Town, 5 Okt - Polis berjaya membongkar makmal memprosesdadah yang beroperasi dalam sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru, di sini awal hari ini.

Ketika serbuan pukul 1.00 pagi itu, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama kegiatan itu dikatakan baru keluar dari rumah mereka yang terletak di tingkat tujuh dengan membawa dua beg.

Kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.

Polis yang kemudiannya menggeledah rumah berkenaan menjumpai sepucuk pistol dan beberapa bungkusan dadah dipercayai jenis heroin selain bahan kimia serta peralatan memproses dadah.

Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa rumah berkenaan selama lima bulan. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM