Polis Bongkar Makmal Dadah Di Pangsapuri Mewah Di Bayan Baru
George
Town, 5 Okt - Polis berjaya membongkar makmal memprosesdadah yang
beroperasi dalam sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru, di sini awal
hari ini.
Ketika
serbuan pukul 1.00 pagi itu, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama
kegiatan itu dikatakan baru keluar dari rumah mereka yang terletak di
tingkat tujuh dengan membawa dua beg.
Kedua-dua
suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya melarikan diri dengan
sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.
Polis
yang kemudiannya menggeledah rumah berkenaan menjumpai sepucuk pistol
dan beberapa bungkusan dadah dipercayai jenis heroin selain bahan kimia
serta peralatan memproses dadah.
Siasatan
awal mendapati suspek telah menyewa rumah berkenaan selama lima bulan.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika
dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media
mengenainya akan diadakan.
Sumber : BERNAMA