Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Bongkar Kegiatan Tarian Tiang

Published: 17 Jun 2014 12.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kegiatan sebuah pusat hiburan di daerah Nilai yang menjadikan tarian tiang untuk menarik pengunjung ke premis berkenaan berjaya dibongkar dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenay..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-kegiatan-tarian-tiang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT
POLIS BONGKAR KEGIATAN TARIAN TIANG : Kegiatan sebuah pusat hiburan di daerah Nilai yang menjadikan tarian tiang untuk menarik pengunjung ke premis berkenaan berjaya dibongkar dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), IPK Negeri Sembilan.

Ketua operasi, ASP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihak polis selama tiga minggu berhubung kewujudan aktiviti itu di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut, seramai 31 orang ditahan termasuk tujuh lelaki didapati positif dadah dan selebihnya melakukan kesalahan meminum minuman keras.

Pihak polis turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi serbuan yang dijalankan.
Sumber : Akhbar Sinar Harian
Polis Bongkar Kegiatan Tarian Tiang
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM