Article
Polis Bongkar Judi Internet Di Kafe Siber
KUALA LUMPUR: Taktik seorang pemilik kafe siber di Sri Petaling di sini, mengubah suai sebuah bilik khas dalam premisnya khusus untuk aktiviti perjudian intern...
KUALA LUMPUR: Taktik seorang pemilik kafe siber di Sri Petaling di sini, mengubah suai sebuah bilik khas dalam premisnya khusus untuk aktiviti perjudian internet sejak sebuIan lalu terbongkar selepas diserbu polis, malam kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal Khas Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata serbuan yang diketuai Deputi Superintendan Hussin Mat Junus itu menemui 17 pelanggan termasuk tiga wanita berusia 21 hingga 36 tahun, leka membuat pertaruhan perjudian secara online.
"Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen" katanya.

Sumber: Berita Harian