Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Tujuh Anggota Geng Botak Yang Terlibat Dalam Kes Samun

Published: 10 Jul 2014 9.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan' katanya kepada Bernama di sini ha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-tujuh-anggota-geng-botak-yang-terlibat-dalam-kes-samun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:49 MYT
Miri, 18 Jun - Polis menahan tujuh anggota Geng Botak termasuk seorang suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang guru serta pelajar tingkatan dua di sini.
 

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam dua hari lepas.


"Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Gan berkata, polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an, Isnin lepas.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 10 Jul 2014 9.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM