Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Geng Buyat

Published: 16 Jun 2014 8.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tanda tanya penduduk di tiga buah kawasan di Pasir Puteh yang sering kehilangan harta benda akibat kejadian pecah rumah dan curi motosikal terjawab apabila polis memberkas dua daripada tiga ahli Geng ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-geng-buyat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:04 MYT

Polis Berkas Geng Buyat

GENG BUYAT TERSUNGKUR : Tanda tanya penduduk di tiga buah kawasan di Pasir Puteh yang sering kehilangan harta benda akibat kejadian pecah rumah dan curi motosikal terjawab apabila polis memberkas dua daripada tiga ahli Geng Buyat baru-baru ini.

Geng Buyat yang bergiat aktif sejak tiga bulan lalu menyasarkan rumah dan motosikal penduduk di sekitar Kampung Saring, Kampung Kelubi dan Taman Perumahan Jannati, dekat sini untuk diceroboh dan dicuri. Nama Buyat diambil sempena panggilan salah seorang suspek.

Polis menemui barang curi bernilai RM50,000 sebaik menahan dua suspek berusia 16 dan 36 tahun pada pukul 4.30 pagi di Kampung Padang Siam dan Kampung Kelubi di sini. Polis yakin dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan curi motosikal dengan tangkapan tersebut. 

Sumber : Kosmo Online

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM