Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Enam Suspek Pecah Rumah Curi Dalam Tempoh Dua

Published: 17 Jun 2014 7.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Tawau, 22 Julai - Polis memberkas enam suspek lelaki dalam tempoh dua hari kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi di beberapa lokasi di daerah ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-enam-suspek-pecah-rumah-curi-dalam-tempoh-dua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT

Tawau, 22 Julai - Polis memberkas enam suspek lelaki dalam tempoh dua hari kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi di beberapa lokasi di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dua suspek berumur 34 dan 35 tahun, kedua-duanya rakyat tempatan, diberkas semalam di sebuah premis di Batu 3, Jalan Apas kerana disyaki memecah masuk sebuah kedai muzik pada 10 Julai lepas antara pukul 2 hingga 6 pagi.

Beliau berkata berikutan tangkapan itu, polis menemui semula 12 alat muzik bernilai RM6,000 serta 12 keping cek yang disyaki dicuri suspek dari sebuah premis di Jalan Haji Karim.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya. Awang Besar juga berkata tiga lagi suspek yang berumur lingkungan 24 dan 26 tahun diberkas Sabtu lepas di Taman Semarak kerana disyaki memecah masuk rumah seorang doktor di Taman Hotspring Jaya sehari sebelum itu.

Beliau berkata polis turut menjumpai semula telefon bimbit dan sebuah komputer riba yang dipercayai dicuri suspek semasa memecah masuk rumah berkenaan antara pukul 7 dan 9 malam ketika penghuni rumah berkenaan ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.

Awang Besar berkata suspek memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang dan ujian kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah.

Kes itu disiasat mengikut Seskyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabtu lepas, polis turut memberkas seorang remaja lelaki berumur 17 tahun kerana disyaki memecah masuk sebuah setor di Felda Umas-Umas pada kira-kira 3.30 petang dan mencuri dua unit rim motosikal.

Awang Besar berkata berdasarkan maklumat orang ramai, suspek ditahan di kawasan Felda pada kira-kira 9 malam hari yang sama dan polis menemui semula dua rim motosikal yang curi.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM