Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berkas Enam Ahli Geng Khairy Bechah Palas

Published: 18 Dec 2017 4.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pasir Mas - Kumpulan curi motosikal yang digelar sebagai Geng Khairy Bechah Palas hampir berjaya dilumpuhkan apabila enam daripada 11 ahlinya berjaya dicekup polis dalam Ops Lejang bermula pada 4 Disember lalu di sekitar kawasan Bunut Susu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-enam-ahli-geng-khairy-bechah-palas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:08 MYT


Pasir Mas - Kumpulan curi motosikal yang digelar sebagai Geng Khairy Bechah Palas hampir berjaya dilumpuhkan apabila enam daripada 11 ahlinya berjaya dicekup polis dalam Ops Lejang bermula pada 4 Disember lalu di sekitar kawasan Bunut Susu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, keenam-enam suspek yang ditangkap berusia antara 17 hingga 20 tahun.

"Empat daripada mereka berasal dari Bunut Susu, manakala selebihnya Pasir Mas dan Kota Bharu.

"Hasil operasi tersebut, polis menemui empat buah motosikal yang masih lengkap dan tiga buah rangka," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga rangka itu temui di dalam kawasan tali air di Kampung Parit Air Kochang.

Katanya, daripada empat buah motosikal itu, dua adalah jenis Honda EX5, sebuah Yamaha Lagenda dan Honda C70.

Beliau berkata, kesemua rangkap yang dijumpai pula adalah motosikal jenis Honda EX5.

"Operasi memburu saki baki suspek termasuk ketua kumpulan iaitu Khairy yang berusia 20an, berasal dari Wakaf Bharu, Tumpat itu sedang giat dijalankan," katanya.

Abdullah berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat orang awam yang telah membantu menurunkan kadar jenayah curi motosikal di Pasir Mas.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/geng-khairy-bechah-palas-hampir-lumpuh-1.771667

ArticlePublished 18 Dec 2017 4.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM