Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Bekas Isteri Dan Anak Tiri

Diterbitkan: 13 Jan 2016 8.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kinabatangan, 13 Jan - Lelaki yang disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan Ladang Kelapa Sawit Permodalan 1 IOI di Sukau, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-tahan-lelaki-disyaki-bunuh-bekas-isteri-dan-anak-tiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT

Kinabatangan, 13 Jan - Lelaki yang disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan Ladang Kelapa Sawit Permodalan 1 IOI di Sukau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan polis dengan bantuan pekerja ladang pada pukul 3.15 petang.

Katanya lelaki itu dipercayai bersembunyi di ladang kelapa sawit berkenaan selepas menikam bekas isteri dan anak tirinya di rumah pekerja ladang tersebut pada Isnin lepas.

Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek disyaki menikam bekas isterinya yang berusia 39 tahun dan anak tiri lelakinya berusia 24 tahun ketika kedua-dua mangsa sedang tidur di rumah pekerja ladang.

Kejadian itu disaksikan anak lelaki mereka berusia 14 tahun yang turut berada di rumah pekerja berkenaan tetapi tidak dicederakan bapanya itu.

A. Sahak berkata tiada senjata tajam dirampas daripada lelaki itu dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mencari senjata yang digunakan dalam kes berkenaan.

Berikutan penangkapan lelaki itu, beliau turut berterima kasih kepada orang awam yang sama-sama membantu polis hingga tertangkapnya suspek.

A.Sahak turut menghargai peranan media dalam membantu polis hingga dapat menyelesaikan kes itu.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Jan 2016 8.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM