Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berjaya Tahan Empat Penganggur Curi Kabel Elektrik

Published: 31 May 2017 4.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu, 31 Mei 2017 - Empat penganggur termasuk seorang wanita ditahan selepas mencuri kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di pantai Tanjung Aru 1, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-tahan-empat-penganggur-curi-kabel-elektrik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT

Kota Kinabalu, 31 Mei 2017 - Empat penganggur termasuk seorang wanita ditahan selepas mencuri kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di pantai Tanjung Aru 1, di sini semalam.

Kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 34 tahun itu ditahan pada pukul 9 pagi ketika cuba melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan selepas perbuatan mereka dikesan anggota polis peronda bermotosikal.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan mesin pemotong rumput yang telah diubahsuai untuk memotong kabel berkenaan bagi menyembunyikan perbuatan mereka.

“Wanita berkenaan bertindak sebagai pemandu yang menunggu di kenderaan manakala tiga lelaki yang positif syabu melakukan kerja utama memotong kabel tersebut.

“Kesemua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Utusan Online

ArticlePublished 31 May 2017 4.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM