Polis Berjaya Tahan 6 Pengedar Dadah
Enam
individu termasuk seorang remaja dipercayai terbabit dalam sindiket
pengedaran dadah di Petaling Jaya ditahan sepasukan polis.
Ekoran penahanan tersebut, polis menemui 470 gram dadah heroin, sepucuk
pistol jenama Ruger P85 MK II 302-43625 bersama satu kelopak berisi
lima butir peluru hidup di dalam kereta. Suspek juga memiliki enam rekod
jenayah lampau berkaitan samun, dadah dan perintah sekatan sejak
beberapa tahun lalu.
Kesemua
suspek ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
SUMBER : BERITA HARIAN
