Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Berjaya Selesai Kes Tidak Sampai 24 Jam

Published: 13 Jun 2014 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Suspek berusia 34 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 4 pagi, setelah menyamun dua pelajar perempuan berusia 14 tahun semasa kedua-dua mangsa menunggu bas di Sungai Gau, Temerloh..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-selesai-kes-tidak-sampai-24-jam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:53 MYT

KUANTAN 5 Oktober (Utusan Malaysia) - Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata dengan menahan seorang lelaki dan wanita di sebuah rumah di Felda Jengka 16, Maran, awal pagi semalam.

Suspek berusia 34 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 4 pagi, setelah menyamun dua pelajar perempuan berusia 14 tahun semasa kedua-dua mangsa menunggu bas di Sungai Gau, Temerloh, kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, kedua-dua mangsa didatangi suspek yang kemudian mempelawa mereka menaiki kereta untuk ke bandar Temerloh.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, semasa dalam perjalanan, suspek mengeluarkan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga.

"Akibat ketakutan, kedua-dua mangsa menyerahkan telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM62," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut Noor Asyikin, kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan membuka pintu kereta yang tidak berkunci sebelum membuat laporan polis.

Jelas beliau, berikutan itu, polis melancarkan operasi mengesan suspek berdasarkan nombor pendaftaran yang diberikan mangsa.

"Hasil gerakan dijalankan, polis berjaya menahan seorang wanita yang merupakan pemilik kenderaan tersebut.

"Susulan itu, polis menahan seorang lagi suspek yang juga bekas suami wanita terbabit di Felda Jengka 16, Maran, kira-kira pukul 4 pagi semalam," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek mengaku menyamun kedua-dua pelajar terbabit dan polis berjaya menjumpai telefon bimbit yang dicuri.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun bersenjata secara berkumpulan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM