Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Rampas 140 Tenggiling Hidup Yang Cuba Diseludup

Diterbitkan: 24 May 2017 9.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Alor Setar, 24 Mei 2017 - Polis menyerbu sebuah rumah di Taman Desa Seraya di Jalan Lencong Barat di sini petang semalam, dan merampas 140 tenggiling hidup yang disyaki untuk diseludup ke negara jiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-rampas-140-tenggiling-hidup-yang-cuba-diseludup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:13 MYT

Alor Setar, 24 Mei 2017 - Polis menyerbu sebuah rumah di Taman Desa Seraya di Jalan Lencong Barat di sini petang semalam, dan merampas 140 tenggiling hidup yang disyaki untuk diseludup ke negara jiran.

Serbuan dilakukan pada jam 2 petang susulan maklumat diterima yang mengatakan premis kediaman itu dijadikan tempat penyimpanan stok berkenaan, sebelum ia diedarkan ke tempat lain.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata sepasukan polis termasuk Unit Kereta Peronda (MPV) dikerahkan ke lokasi dan hasil pemeriksaan menemui tenggiling hidup berkenaan di dalam premis terbabit.

"Ketika serbuan tiada penghuni dikesan dan kita merampas semua stok tenggiling hidup itu bersama pelbagai barangan seperti bakul, penimbang, jaring dan troli yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

"Semua yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah PERHILITAN Kedah, Muhammad Ali Che Aman, mengesahkan kes itu yang kini disiasat mengikut Seksyen 68 (1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716.

Sumber: Berita Harian Online

ArtikelDiterbitkan 24 May 2017 9.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM