Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Letupkan Bom Lama Dijumpai Pekerja Ladang

Diterbitkan: 22 Nov 2016 7.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang pekerja ladang terkejut apabila menjumpai satu objek menyerupai bom lama ketika membuat rondaan di sebuah ladang di Felda Bukit Rokan Barat, Bahau, di Jempol, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-letupkan-bom-lama-dijumpai-pekerja-ladang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:01 MYT

Seorang pekerja ladang terkejut apabila menjumpai satu objek menyerupai bom lama ketika membuat rondaan di sebuah ladang di Felda Bukit Rokan Barat, Bahau, di Jempol, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, SUPT. Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki tersebut menjumpai objek berkenaan berukuran kira-kira 12 inci panjang sekitar jam 7 pagi.

Menurut beliau, pada jam 1.30 tengah hari (semalam), sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan unit persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah sampai. Bom selamat diletupkan kira-kira jam 1.55 petang.

Sumber: Sinar Harian

Polis Berjaya Letupkan Bom Lama Dijumpai Pekerja Ladang
ArtikelDiterbitkan 22 Nov 2016 7.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM