Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Cekup Empat Penjenayah Atas Keprihatinan Jiran

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Kuala Lumpur, 12 Ogos - Perasaan curiga dan keprihatinan seorang wanita yang bertindak menghubungi pihak polis apabila menyedari rumah jirannya dimasuki lelaki yang tidak dikenali membuahkan hasil apa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-cekup-empat-penjenayah-atas-keprihatinan-jiran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:07 MYT

Kuala Lumpur, 12 Ogos - Perasaan curiga dan keprihatinan seorang wanita yang bertindak menghubungi pihak polis apabila menyedari rumah jirannya dimasuki lelaki yang tidak dikenali membuahkan hasil apabila sepasukan polis daripada Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang sedang menjalankan rondaan berjaya menahan lelaki berkenaan Jumaat lalu.

Ekoran daripada penahanan lelaki tersebut, pihak polis turut menjejaki rakan-rakan suspek dan berjaya menahan empat lelaki.

Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' A. Thaiveegan berkata kesemua suspek berumur lingkungan 28 tahun hingga 41 tahun dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan dadah dan jenayah.

Selain itu, pihak polis telah merampas beberapa barang yang dipercayai dicuri antaranya skrin monitor model Samsung, buku pelaburan Skim Amanah Saham Bumiputera dan beg tangan wanita.

Kesemua suspek ditahan sehingga esok dan disiasat dibawah seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.

Dalam sidang media yang sama, DCP Dato' A. Thaiveegan turut memberitahu kepada para wartawan yang hadir dimana kejayaan pihaknya menahan dua lelaki dalam keadaan yang mencurigakan di taman Universiti Indah, Serdang dan merampas sebuah kereta jenis Honda warna hitam yang telah dilaporkan hilang di Perai, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

"Sepasukan anggota dari CPJ IPD Serdang yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan telah terserempak dengan dua lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan lalu membuat pemeriksaan terhadap mereka dan kereta. Hasil pemeriksaan mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang sekaligus pihak polis menjalankan tangkapan terhadap kedua-dua suspek", katanya lagi.

Kedua-dua suspek ditahan sehingga Rabu ini.

Manakala dalam kes yang berasingan, DCP Dato' A. Thaiveegan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bandar Kinrara dimana berjaya menahan dan merampas sepucuk pistol tiruan daripada dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira di Persiaran Puncak Jalil Jumaat lalu.

Dato' A. Thaiveegan berkata salah seorang daripada mereka merupakan penyelia di sebuah syarikat keselamatan serta mempunyai dua rekod dikehendaki dalam kes dadah dan jenayah. Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Polis Berjaya Cekup Empat Penjenayah Atas Keprihatinan Jiran

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM