Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Dicekup Ketika Curi Kabel Dan Penyaman Udara

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuala Terengganu, 11 Ogos - Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah bagi mencuri kabel elektrik dan penyaman udara ditangkap oleh pemiliknya dalam kejadian di Kampung Tanjung di sini malam sema..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-dicekup-ketika-curi-kabel-dan-penyaman-udara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:40 MYT

Kuala Terengganu, 11 Ogos - Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah bagi mencuri kabel elektrik dan penyaman udara ditangkap oleh pemiliknya dalam kejadian di Kampung Tanjung di sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, suspek yang berusia 30-an sedang leka mencuri kabel elektrik dan penyaman udara di rumah kosong terbabit.

Menurutnya perbuatan suspek disedari oleh orang ramai yang memaklumkan kejadian kepada pemilik rumah yang tinggal tidak jauh dari situ.

"Sebaik menyedari pintu rumah itu dibuka, suspek menyembunyikan diri di dalam tandas namun berjaya diberkas pemilik rumah bersama penduduk kampung," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Manoharan berkata pihaknya percaya suspek yang juga penagih itu memasuki rumah berkenaan melalui bumbung.

Suspek yang berasal dari Selangor dan tinggal di Kampung Gong Badak itu ditahan reman untuk siasatan lanjut. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM