Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Bera Tahan Enam Tukang Urut Seorang Pelanggan

Published: 01 Dec 2014 8.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 1 Dis - Polis menahan enam wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan di sebuah pusat rawatan refleksologi dan urutan badan di Taman Desa Aman, Triang dekat Bera, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bera-tahan-enam-tukang-urut-seorang-pelanggan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:15 MYT

Kuantan, 1 Dis - Polis menahan enam wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan di sebuah pusat rawatan refleksologi dan urutan badan di Taman Desa Aman, Triang dekat Bera, semalam. 

Ketua Polis Daerah Bera DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata kesemua wanita itu merupakan warganegara Thailand berusia 20 hingga 30-an. 

Katanya, lelaki tempatan berusia 30-an itu pula dipercayai pelanggan premis terbabit dan ketika ditahan dia sedang diurut salah seorang wanita terbabit. 

Beliau berkata kesemua wanita berkenaan dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah semasa diserbu polis pada 6.30 petang itu. 

"Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan dalam aktiviti mereka, antaranya minyak urut, losyen badan serta wang tunai RM80," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963. - BERNAMA
ArticlePublished 01 Dec 2014 8.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM