Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Bentong Menahan Jurujual Dan Pemuzik Disyaki Edar Dadah

Published: 16 May 2015 3.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di daerah Bentong, Pahang selepas menahan seorang jurujual dan seorang ahli muzik dalam satu serbuan di kawasan rehat R&R Genting Sempah, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bentong-menahan-jurujual-dan-pemuzik-disyaki-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di daerah Bentong, Pahang selepas menahan seorang jurujual dan seorang ahli muzik dalam satu serbuan di kawasan rehat R&R Genting Sempah, semalam.

Kedua-dua suspek tersebut dipercayai menggunakan kawasan letak kereta di R&R itu untuk menunggu dan menjual dadah kepada pengedar dadah kecilan yang lain dalam daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 2.05kg, pil Eramin 5 seberat 2.8 gram dan syabu seberat 3.7 gram dengan anggaran keseluruhan bernilai RM12,000. Kesemua barang kes itu dijumpai di tempat letak kaki hadapan bahagian pemandu.

Sumber: Utusan Malaysia
Polis Bentong Menahan Jurujual Dan Pemuzik Disyaki Edar Dadah

ArticlePublished 16 May 2015 3.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM