Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Belum Terima Notis Lengkap Dari Penganjur Perhimpunan Bantah Tppa

Published: 19 Jan 2016 11.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 19 Jan - Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-belum-terima-notis-lengkap-dari-penganjur-perhimpunan-bantah-tppa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:12 MYT


Kuala Lumpur, 19 Jan - Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya menerima pemohonan daripada penganjur yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan pada 12 Jan lepas, namun ia tidak dapat diproses kerana permohonan mereka tidak
disertakan surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Sehingga kini, pihak penganjur belum tampil untuk mengemukakan permohonan baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dilarang membawa kanak-kanak pada perhimpunan yang dirancang itu.

"Kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba melanggar akta itu," katanya.

Zainol turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan barangan peribadi di kawasan terbuka dengan sengaja sehingga menimbulkan keraguan dan panik kepada masyarakat.

"Tindakan ini mampu mencetuskan perasaan panik kepada orang lain kerana menganggap ia barangan berbahaya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian pada Ahad lepas melibatkan Unit Pemusnah Bom, dikejarkan ke sebuah pusat beli-belah terkemuka di pusat bandar apabila dua beg galas yang mencurigakan ditinggalkan di bawah sebuah
kerusi di pusat beli-belah berkenaan.

Hasil pemeriksaan, beg terbabit yang berisi pakaian telah ditinggalkan oleh dua pelancong warga Korea yang membeli-belah di situ.- BERNAMA

ArticlePublished 19 Jan 2016 11.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM