Artikel
Polis Belum Menerima Sebarang Permohonan Untuk Mengadakan Perhimpunan
Polis Diraja Malaysia menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai pembatalan perarakan atau perhimpunan jalanan yang dicadangkan...
Bukit
Aman - 6 Julai 2011. Polis Diraja Malaysia menjunjung kasih titah Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai pembatalan perarakan atau
perhimpunan jalanan yang dicadangkan pada 9 Julai ini.
Melalui Sidang Media yang diadakan di Dewan
Theatrette, Menara 1, Bukit Aman pada petang ini, YDH DIG Dato' Sri
Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pihak polis
juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur perhimpunan kerana
membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan jalanan pada 9 hb
Julai ini.
"Sehingga waktu ini, pihak Polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan di mana-mana tempat termasuk di stadium", ucap YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
"Sehingga waktu ini, pihak Polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan di mana-mana tempat termasuk di stadium", ucap YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
"Saya
mencadangkan mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan supaya
memohon permit dengan segera dan pihak polis akan memberi keutamaan
memproses permohonan tersebut dengan segera," katanya lagi.
"Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah untuk mengkaji sekatan-sekatan jalanraya yang di adakan di beberapa lokasi dan sekatan jalanraya akan didirikan hanya di lokasi yang tertentu sahaja".
Pihak Polis juga sedang menyiasat SMS yang menyeru orang ramai untuk menyertai perarakan pada 9 Julai ini dari Masjid Jamek ke Masjid Negara dan pihak polis juga masih menyiasat penemuan beberapa senjata yang berkemungkinan ada kaitan dengan perhimpunan pada 9 Julai ini.
"Pihak Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu meneruskan perarakan, sungguhpun amaran dan peringatan telah dibuat, PDRM akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang masih berdegil", peringatan oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.
Sidang Media oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
kiri...YDH Pengarah-Pengarah PDRM juga turut hadir di Sidang Media oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Antara wakil-wakil media yang hadir...
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan