Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya melihat pasukan Polis Bantuan sebagai satu elemen 'complementary' yang sangat penting kepada 'regular police' lebih-lebih lagi dalam konteks masa kini di mana peningkatan dalam jumlah penduduk da..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bantuan-turut-sumbang-peranan-kepada-penurunan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:34 MYT
"..Walaupun setakat ini terdapat kekangan untuk Polis Bantuan terlibat sama dalam 'mainstream crime prevention avtivities' di bawah inisiatif-inisiatif NKRA, kita semua tahu bahawa daripada dari sudut legimitasi, Polis Bantuan adalah satu cabang daripada PDRM.."  - YDH Ketua Polis Negara

 

Pulau Pinang , 15 Oktober - "Saya melihat pasukan Polis Bantuan sebagai satu elemen 'complementary' yang sangat penting kepada 'regular police' lebih-lebih lagi dalam konteks masa kini di mana peningkatan dalam jumlah penduduk dan aktiviti ekonomi negara telah bertambah sehingga tidak setara dengan jumlah keanggotaan dalam sektor keselamatan (kepolisan)," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara  sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 2010 Polis Bantuan, Perladangan (Upstream) Malaysia di Hotel Equatorial, Pulau Pinang, hari ini.

Beliau turut menyifatkan teras perkhidmatan Polis Bantuan adalah dalam pencegahan jenayah, termasuklah menangkap suspek dan penjenayah di dalam kawasan ladang atau kilang serta memberi perlindungan keseluruhan kepada keselamatan harta syarikat, pekerja-pekerja ladang dan kilang sehinggalah kepada harta persendirian penghuni ladang.

Sehubungan itu, beliau amat berbesar hati dengan kejayaan pihak Polis Bantuan yang telah menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah di lokasi penugasan mereka dengan begitu berkesan sekali.

Penglibatan Dan Sumbangan Polis Bantuan Di Bawah NKRA

"Saya juga telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan semua agensi yang mempunyai Polis Bantuan untuk merangka kaedah-kaedah baru yang inovatif yang boleh melibatkan Polis Bantuan untuk turut menyumbang kepada strategi-strategi di bawah NKRA, terutamanya dalam aspek-aspek pencegahan dan pengurangan kadar jenayah," jelasnya.

Tambah beliau lagi, PDRM dan Auxiliary Police Association (APA) akan melihat isu penglibatan Polis Bantuan dalam inisiatif NKRA dengan lebih mendalam dan sekiranya berdaya maju, ianya akan diangkat ke pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk nasihat lanjut.

YDH IG  Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyempurnakan majlis yang menyaksikan 189 anggota Polis Bantuan  Sime Darby Plantation  Sdn Bhd mendapat pengiktirafan tinggi daripada PDRM dengan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia di  atas keberanian, kesetiaan serta pencapaian cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka.

Turut hadir, Y.Bhg Helmy Othman  Basha, Ketua Perladangan Upstream Malaysia, YDH DCP Dato' Haji Ghazali Bin Md Amin, Setiausaha Polis Malaysia, YDH DCP Dato' Wira Ayub Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah, YDH SAC Dato' Zull Aznam Haron, Ketua Polis Perlis, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Y.Bhg Bakri Bin Sanusi, Presiden Auxiliary Police Association (APA), Y.Bhg Haji Zakaria Merican, Ketua Keselamatan Sime Darby Plantation dan Penasihat Persatuan Polis Bantuan Auxiliary Police Association (APA), Y.Bhg Mohamad Fauzi bin Hassan ,Ketua Sumber Manusia  Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Pengurus Besar Zon-zon operasi perladangan dan kilang Sime Darby Plantation, Ahli-ahli Persatuan Polis Bantuan dan  wakil-wakil media. 


Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
Ucapan daripada YDH Ketua Polis negara.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
YDH Ketua Polis Negara memeriksa perbarisan.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia kepada anggota Polis Bantuan yang cemerlang dalam penugasan mereka.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia kepada anggota Polis Bantuan yang cemerlang dalam penugasan mereka.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
YDH Ketua Polis Negara sempat meluangkan masa beramah mesra dengan penerima-penerima pingat.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
MOTIVASI...diharapkan kecemerlangan ini akan dicontohi oleh setiap anggota yang masih bertugas.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
CEMERLANG...Antara anggota Polis Bantuan yang turut menerima Pingat.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
TERTIB..Tabik Homat kepada YDH Ketua Polis Negara.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
Upacara penyerahan cenderahati.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
Persembahan Pancaragam daripada Anggota Polis Bantuan.

Polis Bantuan Turut Sumbang Peranan Kepada Penurunan Jenayah
Sesi bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara.


Sumber Bahan : HEA IPK Pulau Pinang
Penyunting : L/Kpl Irfan bin Bujang
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM