Article
Polis Bantuan Sesb Berkas Lelaki Curi Kabel Elektrik
Polis Bantuan Sabah Electricity (SESB) Sdn Bhd berjaya menahan seorang lelaki yang cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pencawang SESB di Tawau.
Polis Bantuan Sabah Electricity (SESB) Sdn Bhd berjaya menahan seorang lelaki yang cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pencawang SESB di Tawau.
Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, En. Muhammad Nazri Pazil, suspek seorang lelaki warga asing yang berusia 20-an itu ditahan pada jam 5 petang di pencawang elektrik berkenaan.
Polis Bantuan SESB turut merampas beberapa perlatan yang digunakan suspek untuk mencuri sebelum dia bersama barang kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Utusan Malaysia