Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Bantuan Perlu Peka Bagi Mengelak Kejadian Tidak Diingini

Published: 21 Jan 2016 8.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Muar, 21 Jan - Polis bantuan perlu peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti insiden pengeboman di Jakarta pada 14 Jan lepas, kata Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri Datuk Azri Ahmad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bantuan-perlu-peka-bagi-mengelak-kejadian-tidak-diingini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:01 MYT

Muar, 21 Jan - Polis bantuan perlu peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti insiden pengeboman di Jakarta pada 14 Jan lepas, kata Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri Datuk Azri Ahmad.

Beliau berkata ini khususnya bagi polis bantuan yang ditugaskan di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah.

"Mereka perlu melakukan langkah awal pencegahan dengan mengenal pasti bahasa badan suspek, bahan atau peralatan yang dibawa serta tingkah laku suspek yang mencurigakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2015 di Maktab Teknik PDRM Bakri, di sini hari ini.

Dalam insiden pengeboman di Jakarta itu, tujuh orang - lima pengganas dan dua orang awam - disahkan terkorban.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 Jan 2016 8.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM