Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Bantu Kurangkan Kesesakan Trafik Di Putrajaya

Published: 18 Jun 2014 7.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Putrajaya, 6 Jan - Perbadanan Putrajaya akan meminta bantuan polis dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik semasa waktu puncak pada waktu pagi dan petang di tiga kawasan yang sibuk...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bantu-kurangkan-kesesakan-trafik-di-putrajaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:20 MYT

Putrajaya, 6 Jan - Perbadanan Putrajaya akan meminta bantuan polis dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik semasa waktu puncak pada waktu pagi dan petang di tiga kawasan yang sibuk.

Presidennya Tan Sri Aseh Che Mat berkata dua anggota polis trafik, masing-masing akan ditempatkan di tiga kawasan itu dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan dari 5 petang hingga 6 petang pada hari bekerja.

Tiga kawasan itu ialah di lampu isyarat Lebuh Wawasan berhampiran Presint 8, pintu masuk Kampung Dato' Abu Bakar Baginda dan kawasan berhampiran Jabatan Peguam Negara di Presint 4, katanya.

Aseh berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan trafik di sini hari ini.

Beliau juga berkata di bawah pentadbirannya selama hampir dua tahun, beliau sentiasa menerapkan ciri Islamik di dalam pengisian aktiviti di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini.

"Kita banyak melakukan aktiviti Islamik seperti menjayakan (program keagamaan) "Malam Cinta Rasul"," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM