Polis Arau Berkas Enam Suspek Terbabit 10 Kes Curi
Kangar,
8 Nov - Polis memberkas enam lelaki yang disyaki terbabit dalam
sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah dan mencuri dalam bangunan di
Arau, menerusi operasi khas dari 20 Okt hingga 1 Nov lepas.
Ketua
Polis Daerah Arau Supt Mohd Nadzri Hussain berkata suspek yang berusia
dalam lingkungan 20-an dan 40-an terbabit diberkas di sekitar Arau dan
Kodiang, Kedah.
Tiga daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit dadah dan curi, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurut
Mohd Nadzri, susulan penangkapan itu juga polis menemui beberapa mesin
dan peralatan termasuk mesin pembancuh simen, mesin gerudi dan pemotong
rumput yang dipercayai dicuri oleh suspek.
Katanya
polis menubuhkan pasukan khas memburu suspek susulan kejadian pecah
rumah dan mencuri dalam bangunan yang menjadi-jadi di Arau bulan lepas.
Polis
kini mengesan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Azri @ Angah
berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan, katanya.
Beliau
berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh
menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Arau ASP Sarih salleh
menerusi 04-9862222 atau 019-3334940.
Sumber : BERNAMA