Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Arau Berkas Enam Suspek Terbabit 10 Kes Curi

Published: 18 Jun 2014 3.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Kangar, 8 Nov - Polis memberkas enam lelaki yang disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah dan mencuri dalam bangunan di Arau, menerusi operasi khas dari 20 Okt hingga 1 Nov lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-arau-berkas-enam-suspek-terbabit-10-kes-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:06 MYT

Kangar, 8 Nov - Polis memberkas enam lelaki yang disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah dan mencuri dalam bangunan di Arau, menerusi operasi khas dari 20 Okt hingga 1 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Mohd Nadzri Hussain berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an terbabit diberkas di sekitar Arau dan Kodiang, Kedah.

Tiga daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit dadah dan curi, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Mohd Nadzri, susulan penangkapan itu juga polis menemui beberapa mesin dan peralatan termasuk mesin pembancuh simen, mesin gerudi dan pemotong rumput yang dipercayai dicuri oleh suspek.

Katanya polis menubuhkan pasukan khas memburu suspek susulan kejadian pecah rumah dan mencuri dalam bangunan yang menjadi-jadi di Arau bulan lepas.

Polis kini mengesan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Azri @ Angah berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan, katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Arau ASP Sarih salleh menerusi 04-9862222 atau 019-3334940. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM