Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Akhiri Mimpi Ngeri Tebusan

Published: 17 Jun 2014 12.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-akhiri-mimpi-ngeri-tebusan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:43 MYT

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09 petang tadi.

KPD Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

Tindakan tersebut terpaksa diambil selepas lelaki berkenaan bertindak agresif dan pihak polis turut berhadapan dengan situasi sukar apabila lelaki itu berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau.

Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan ahli keluarga lain berada di ruang tamu.

Katanya, dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya. "Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.

ArticlePublished 17 Jun 2014 12.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM