Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Akan Pastikan Terengganu Tidak Dijadikan Transit Dadah

Published: 16 Jun 2014 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Terengganu akan memastikan negeri itu tidak dijadikan laluan transit kepada pengedar dadah dari utara menuju ke ibu kota dan selatan tanah air..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-akan-pastikan-terengganu-tidak-dijadikan-transit-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:27 MYT
BESUT, 25 Februari 2011 (Bernama)

Polis Terengganu akan memastikan negeri itu tidak dijadikan laluan transit kepada pengedar dadah dari utara menuju ke ibu kota dan selatan tanah air.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustaffa berkata kes jenayah melibatkan dadah termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati masih tinggi dan perlu diberi perhatian serius.

"Kita yakin dengan perancangan strategik dan teliti, Terengganu mampu dibersihkan daripada menjadi negeri laluan dadah dalam jangka waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas Program Polis Bersama Komuniti di Pekan Sehari Kuala Besut di sini Jumaat.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar dan pegawai-pegawai kanan polis.

Jamshah berkata Terengganu setakat ini masih kekal sebagai negeri terendah kes jenayah berbanding negeri-negeri lain ekoran kerjasama erat yang diwujudkan antara polis dan masyarakat.

Mengenai usaha mengurangkan kes-kes jenayah, beliau memuji keberkesanan langkah diambil pihak majlis tempatan seluruh negeri memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tempat strategik, yang banyak membantu polis dalam memerangi jenayah selama ini.

Berbanding dengan negeri-negeri lain, kata beliau Terengganu mempunyai kekuatan sendiri apabila menjalinkan banyak program kemasyarakatan seperti 1Polis 1Masjid, 1Polis 1JKKK dan 1Polis 1Sekolah.

Mengenai kutipan saman trafik di Terengganu, Jamshah berkata purata setiap Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri itu berjaya mengutip RM34,000 daripada orang ramai sejak pengumuman diskaun diberikan sebelum tarikh akhir 28 Feb ini.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM