Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Akan Panggil Penganjur Perhimpunan Di Parlimen

Diterbitkan: 28 Mar 2018 6.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 28 Mac 2018 - Penganjur perhimpunan yang diadakan di luar bangunan Parlimen hari ini akan dipanggil kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-akan-panggil-penganjur-perhimpunan-di-parlimen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:03 MYT

Kuala Lumpur, 28 Mac 2018 - Penganjur perhimpunan yang diadakan di luar bangunan Parlimen hari ini akan dipanggil kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata pihaknya telah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka yang terlibat dalam masa terdekat.

"Polis akan jalankan siasatan kerana penganjur telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata dianggarkan lebih 300 peserta menyertai perhimpunan yang diadakan di Tugu Negara serta di luar bangunan Parlimen itu.

Menurutnya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan yang bermula 8 pagi itu dan walaupun ada sedikit kekecohanan tetapi ia berjaya dikawal kira-kira 400 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Perhimpunan dianjurkan Bersih 2.0 itu diadakan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pintu pagar Parlimen oleh Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari.

- BERNAMA


ArtikelDiterbitkan 28 Mar 2018 6.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM