Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Azmin

Published: 07 May 2015 4.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Permatang Pauh, 7 Mei - Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali gagal membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau menggelar Ketua Polis Negara, dengan nama kurang elok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-akan-buka-kertas-siasatan-terhadap-azmin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:38 MYT


Permatang Pauh, 7 Mei - Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali gagal membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau menggelar Ketua Polis Negara, dengan nama kurang elok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya memberi masa sekurang-kurang seminggu untuk Menteri Besar Selangor itu memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian pihaknya akanmengambil tindakan lanjut.

"Setakat hari ini, tiga Persatuan Polis sudah mengeluarkan kenyataan untuk memohon Menteri Besar Selangor itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kenyataan terhadap Ketua Polis Negara (Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar) sebagai 'Barua UMNO' itu sama seperti menuduh semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu di sini hari ini.

Mohamed Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai 'barua UMNO' dalam ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.

"Polis mahu Mohamed Azmin membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukan melalui Setiausaha Politiknya. Kami bagi tempoh untuk beliau berbuat demikian," kata Abdul Rahim.

Beliau berkata kes Mohamed Azmin itu akan disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika beliau tidak meminta maaf.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kenyataan Mohamed Azmin terhadapnya baru-baru ini sebagai melampau.

- BERNAMA

ArticlePublished 07 May 2015 4.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM