Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Police Will Lead The Operation

Published: 11 Jun 2014 7.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pihak Polis akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menghadapi bencana banjir ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/police-will-lead-the-operation
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:33 MYT
Bukit Aman, 17 November 2011 - Pihak Polis akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menghadapi bencana banjir yang diramalkan akan berlaku di antara hujung tahun ini dan awal tahun depan.

"Police will lead the operation", begitulah ujar YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA). Pihak polis menggesa agar masyarakat haruslah peka teradap keadaan semasa tentang hebahan di media massa terhadap bencana ini. Pihak polis akan menggerakkan semua elemen-elemen di bawah KDN/KA seperti Polis Gerakan Am (PGA), Polis Gerakan Marin (PGM), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) atau lebih dikenali dengan Federal Reserve Unit (FRU) dalam persediaan menghadapi bencana banjir ini.

Satu pasukan Crisis Management Team juga akan ditubuhkan yang berpusat di pangkalan-pangkalan PGA di semua kontinjen dan akan dikendalikan oleh Komander-komander Briged. Crisis Management Team ini akan memberi bantuan sokongan kepada kontinjen dan daerah yang menjadi mangsa bencana ini.

Police Will Lead The Operation=
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) semasa sidang media.

Police Will Lead The Operation
Wakil-wakil pegawai dari Jabatan KDN/KA dan wakil-wakil media yang turut hadir semasa sidang media.



Jurufoto & Wartawan : Konst Raymond
ArticlePublished 11 Jun 2014 7.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM