Police General Preophan Dhamapong Ketua Polis Diraja Thailand Dianugerah Pgpp
Wartawan/Jurufoto : Sub Inspektor Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo
BANGKOK,
18 September 2012 - Police General Preophan Dhamapong, Ketua Polis
Diraja Thailand, dianugerahi Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (High
Order Of Chivalry Of The Royal Malaysia Police) oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj
Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Penganugerahan
itu disempurnakan oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji
Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara. Isatiadat penganugerahan tersebut
berlangsung di Kompleks Kedutaan Malaysia, Bangkok, Thailand.
Anugerah
tersebut merupakan satu penghargaan tertinggi Negara kepada Police
General Preophan Dhamapong di atas peranan yang dimainkan dalam usaha
mengeratkan hubungan dua hala antara Thailand dan Malaysia.
Majlis
yang bersejarah itu dihadiri oleh Charge d'Affaire Mr. Tajul Aman
Mohammad, Timbalan Duta Malaysia ke Bangkok, YDH CP Dato' Pahlawan
Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH DCP Dato' Haji
Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM) dan YDH
SAC Dato' Khariri Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman
Ekstremis Luar, Cawangan Khas Bukit Aman.
"PDRM
dan RTP akan terus bekerjasama dalam memerangi jenayah dan masalah
keselamatan kedua-dua Negara termasuk isu-isu yang membabitkan jenayah
kecurian kenderaan, pengedaran dadah dan ancaman pengganas", ujar
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar diakhir majlis.
Turut
hadir Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, Pengerusi
PERKEP Malaysia, isteri Ketua Polis Negara dan Mrs. Sawitree Dhamapong,
Isteri kepada Ketua Polis Diraja Thailand.
Gambar sekitar Majlis Penganugerahan Pingat PGPP



















Gambar sekitar makan malam Majlis Penganugerahan PGPP




