Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pok Yeh Dan Abi Antara Tiga Diburu Berhubung Kes Tetak Empat Sekeluarga

Published: 24 Apr 2015 10.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 24 April - Tiga suspek termasuk seorang anggota tentera sedang diburu kerana dipercayai terlibat dalam kes menetak empat sekeluarga di Felda Panching Timur di sini Ahad lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pok-yeh-dan-abi-antara-tiga-diburu-berhubung-kes-tetak-empat-sekeluarga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:11 MYT


Kuantan, 24 April - Tiga suspek termasuk seorang anggota tentera sedang diburu kerana dipercayai terlibat dalam kes menetak empat sekeluarga di Felda Panching Timur di sini Ahad lepas.

Anggota tentera itu dikenali sebagai Mohd Afizan Zakaria, 30-an, rakan-rakanya Mat Zailani Mat Jusoh, 37, atau Pok Yeh serta Shahrul Kadri Kamaridun, 29, atau Abi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an berasal dari Kampung Baru Seri Pandan di sini.

Beliau berkata kejadian berpunca akibat perselisihan faham yang menyebabkan para mangsa serta seorang penyerang mereka cedera.

Kejadian berlaku apabila lima lelaki bersenjatakan parang menyerang rumah mangsa.

Seorang penyerang yang berumur 56 tahun telah ditahan.

Abdul Aziz berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ketiga-tiga suspek diminta menghubungi 013-9203510 atau balai berhampiran.

- BERNAMA

ArticlePublished 24 Apr 2015 10.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM