
Article
Pm Tunai Solat Jumaat Bersama Hampir 2 000 Warga Pdrm Di Masjid Bukit Aman
Kuala Lumpur, 6 Januari 2023 - Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama hampir 2,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) d...
Kuala Lumpur, 6 Januari 2023 - Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama hampir 2,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kariah sekitarnya di Masjid Bukit Aman, di sini, tengah hari tadi.
Turut hadir mengiringi PM tadi ialah Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar serta Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Terdahulu, Dato' Seri Anwar sempat menikmati makan tengah hari di Medan Selera Tanglin dan beramah mesra dengan warga kota, juga para peniaga sebelum bergerak ke Masjid Bukit Aman bagi menunaikan solat Jumaat.
Seusai solat, beliau turut meluangkan masa melawat sekitar Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, termasuk kuarters perumahan, Menara 1, Menara 2, Kompleks 3 dan Mes Pegawai Kanan.
Lawatan tersebut merupakan yang pertama kali sejak beliau dilantik menjadi PM pada 24 November tahun lalu.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.
Jurugambar: Inspektor Amir Safwan Abdul Radzi, Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Izqhar Zainal Abidin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamaruddin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

\